2.Tahap kepanasan air tu biarlah suam-suam agak2 la si manja tak sejuk dan tak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... anda perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga, Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan tuala kecik yang telah di basahkan. Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)... gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati dan cukup mesra(macam kuih,haha) sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air...hehehe, Setelah itu, bilas kembali dgn air suam hinggalah buih2 syampu itu hilang...bersihkan hidung dan mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan bukan basah
3. Keringkan si kucing anda dengan tuala yg dikhaskan untuknya, lap2 seluruh tubuhnya. Bagi kucing yg berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin(yg bulu panjang je) dan yg sewaktu dengannya, dan anda perlulah menggunakan "Hair Dryer" atau "Blower". Kalau guna "Hair Dryer" ingat gunakan suhu yang coll pada hair dryer untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika anda biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka. Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna 'Hair Dryer' atau "Blower"jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takut, anda jemur je la tgh panas, hehe... sebab diorang ni memang suka berjemur lepas mandi, insya ALLAH kucing2 berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit. bagi yang bulu pendek ni anda boleh juga menggunakan "Hair Dryer" atau "Blower", tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dgn kucing yg berbulu panjang.
4. Si kucing berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu2 mati yg melekat di badannya dgn menggunakan sikat yg khas untuk kucing.
5. Bahagian telinga si kucing juga agak sensitif dgn habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga dan kadang kala akan berdarah. Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel anda.Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta ubat telinga yg khas untuk matikan kuman sekurang-kurangnya seminggu sekali, kalau anda nak guna kapas untul cuci teligan pun boleh, terpulang pada citarasa memasing, hehe...Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari.
6.Untuk pemakanan si kucing pula, kita sepatutnya menyediakan makanan 'Premium Food or Super Premium Food'. (Ini hanya sebagai contoh), 'Super Premium Food' adalah Orijen dan Innova Evo... dalam makanan ni, ia banyak mengandungi protein iaitu 45% dan 50%... namun tidak semua kucing boleh menerima makanan yg berprotein tinggi dgn jayanya, sesetengah kucing akan berak cair jika makan makanan berprotein tinggi ni, maka anda kenelah campur dengan 'Premium atau Low Premium Food' bersama sama makanan'Super Premium Food' tersebut untuk balance kan supaya ia menghasilkan najis yg keras dan elok (melalui najisnya kita boleh tengok tahap kesihatan si kucing).
7.Bagi 'Premium Food' pula contohnya Royal Canin, Science Plan, Iams, Acana, Blackwood, Eagle Pack, Proformance dan sebagainya... Anda boleh pilih either one...Walau bagaimanapun, makanan yg terbaik bagi si comel adalah B.A.R.F. iaitu 'Bone And Raw Food', ya...tulang dan daging mentah, itu jawapan kepada kajian saintis antarabangsa, yg mana ianya selari dengan fitrah dan semulajadi kucing tersebut sebagai haiwan karnivor...
8.8. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu sangkar ( cage ) bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yg tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera.Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yg sempit, even dia haiwan, tapi jangan perlakukan ia sesuka hati kita, konon kerana nak jaga keselamatan lah, nak itu, nak ini... ingat, niat tak menghalalkan cara...Kalau nak kurung, kurung dalam rumah, macam tu dia lebih selesa bergerak kesana kemari, melompat dan bermain...(kucing haiwan yg aktif dan suka bermain). Sediakan ruang yg besar, bersih dan selesa untuk si comel tidur, main dan sebagainya.
1. REAR
Kucing yang sihat akan memastikan kawasan bawah ekornya sangat bersih.
2. SKIN & COAT
Bulu kucing berada dalam keadaan yang kemas dan lembut apabila disentuh. Tubuh badan kucing bebas dari kesan calar, luka kerana bergaduh, dan tiada tanda-tanda kehadiran kutu atau kebotakkan.
3. EARS
Bahagian luar telinga kucing akan sentiasa kotor dan perlu dibersihkan sekali dalam seminggu. Bahagian dalam telinga kucing sepatutnya bewarna ‘pink’ dan tahi telinga tidak berkumpul. Jangan memasukkan apa jua jenis alat ke dalam telinga kucing.
4. EYES
Mata kucing yang sihat adalah sangat jelas dan terang. Jika kelopak mata ketiga mula kelihatan, itu merupakan petanda kucing anda tidak sihat.
5. NOSE
Hidung kucing yang sihat adalah lembut dan rasa lembab apabila disentuh. Hidung kucing perlu bebas dari sebarang kekotoran. Rujuk doktor haiwan jika kucing anda bersin secara berterusan kerana mungkin ianya tanda ‘respiratory virus’.
6. MOUTH AND TEETH
Gigi kucing akan bersih dan nafasnya tidak berbau jika diberus dengan kerap. Sepatutnya tiada sebarang gigi yang patah dan gusi sepatutnya bewarna pink pucat.
COMMERCIAL VIDEO
66, Jalan Gadong Jaya 1/2, Taman Gadong Jaya, 21900, Labu,Negeri Sembilan
0176783424
Sun: Closed, Mon-Fri: 8 am-6 pm, Sat: 10 am-4 pm